[Kami memohon maaf…]
Kami menerima sangat banyak mesej memohon maaf kepada kami kerana pernah sangka buruk, menghina, memaki hamun, melabel serta memfitnah kami.
Sebagaimana kami pernah sebut secara konsisten selama ini, kami memaafkan semua yang pernah sangka buruk, hina, memaki hamun, melabel serta memfitnah kami kerana kejahilan & ketaasuban yang menyebabkan emosional tinggi & bertindak kurang rasional.
Kami memohon maaf kerana tidak mampu membalas begitu banyak mesej yang masuk untuk meminta maaf.
Untuk yang terus menerus memaki hamun, menghina, melabel serta memfitnah kami kononnya kami melanggar prinsip agama, untuk maklumat anda, bersama kami ada ilmu & tokoh akademik pakar dalam kefatwaan hukum hakam dari pelbagai manhaj seperti salafi, asyairah, maturidiyyah, pondok & tabligh.
Kami tidak akan membalas provokasi & cemuhan anda. Kami doakan anda dikurniakan kesedaran agar perbuatan anda tidak menjadi penyesalan di Padang Mahsyar kelak.
Kami memaafkan anda semua & kami mencintai sahabat semua kerana Allah. Doakan keadilan tertegak. Ayuh bersama amar makruf nahi mungkar dengan cara yang makruf.
Alhamdulilah semalam telah Google Meet bersama dengan mangsa-mangsa serta ahli keluarga mereka. Mereka memberikan kata kata semangat untuk kami meneruskan usaha kami dan mereka mengucapkan Jazakumullahu Khairan kepada sahabat semua yang semakin terbuka mata melihat kebenaran.
In Sha Allah sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini!
https://t.me/brofirdauswong